Wednesday, April 15, 2009

~PanTUn 4 kErAt~

dunie ni smentare je kn?? kn?? kn??
akhirat gak yg kekal slame2 ny..
tuk yg sibok kejo dunie tuh..
xsedo dh yg kt blakang akhirat dh dekat??
beringat-ingat la sblom jdik mayat..
jeng2..

anak petani membawa jerami,
hendak mengail si ikan kecil,
ilmu akhirat xramai yg dalami,
ilmu dunie kumpol xmuat laci...
(mhuahahaha~ btol3)

kajang pak malau kajang berlipat,Font size
kajang hamba mengkuang layu,
kejar dunia pon korang xdapat,
akhirat cicir lagi rugi i tell you..
(hak3.. btol la tuh)

kalau tiada angin bertiup,
masakan ada pokok bergoyang,
habis dunia korang pelingkup,
akhirat nanti habis kena ganyang..
(ish2.. seksa ny)

hayun sampan anak temenggong,
dibawa arus hingga ke muara,
panas kt dunia pon xtertanggong,
jangan dok peleceh neraka punya bara..
(wuuuu~ very2 da hot bebeh)

tanam pinang rapat2,
supaya puyuh xbleh lari,
kat dunia boleh kata siapa cepat dia dapat,
kat akhirat baru nyesal pahala lupa nak cari..
(lak.. jgn la jdik begini)

huuuu~
tu la nukilan yg sempat dbuat..
wlaupon mrapek kerepek..
ad yg btol ny kn?? kn?? kn??
so.. renung2 kn la..
tataaaaaaaaaa~

~mAkSuD nAma - HurUf PerTAmA~

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan. Jeng2..

A.
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksanadan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B.
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya,sangat mudah tersinggung.

C.
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D.
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E.
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang,tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F.
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G.
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H.
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I.
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J.
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K.
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L.
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.

M.
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat,kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N.
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O.
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P.
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q.
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R.
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S.
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T.
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U.
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V.
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.Tidak suka berterus terang.

W.
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X.
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y.
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z.
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

hmmmm.. stiap nme yg dberi msti ad mksd ny trsndri kn?? ad yg indah.. ad yg brmakna.. tp ad gak yg plik2.. haha~
ntah la..
tp ni sume skadar hiburan jer.. ntah btol ntah x..
diri sndri pon konpius..
wakakaka~

~maAfKan~

maafkan
tidak mampu untuk tersenyum
tidak mampu untuk menahan
rasa amarah
tidak mampu untuk bersabar

maafkan
mengharapkan senyum itu darimu
mengharapkan amarah itu tiada darimu
mengharapkan kesabaran darimu

maafkan
terluka tanpa sengaja
titis air mata tanpa dipinta
kelemahan diri yang hina

maafkan
kupinta, jangan berputus asa
agar terlerai salah sangka
agar terbina cinta dengan namaNya

maafkan
aku yang lemah
aku yang kerdil
aku yang hina


(amende la mengapek merepek ni???)

Tuesday, April 14, 2009

~diSamPinGmU~

bilaku rindu akan wajahmu
kupandang potret indahmu
memang itu tak cukup bagiku
hanya itu yang kutermampu

selang sepurnama diperantauan
hari itu yang kita nantikan
bertemu kita dipelabuhan
melepas rindu yang terpendam

memang itu yang ku mimpi
memiliki permata sepertimu
kau lama ku cari
cinta sepertimu
kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oohh bahagia diriku disampingmu

aku pun dah merajuk dihatiku
sentiasa indah walau dalam duka
hatiku tak henti-henti berkata
kau matang seorang wanita

jika bisa wujud perkara mustahil
ku ingin bawa kau terbang tinggi
tempat yang indah tiada penghuni
kita bahagia dan menyanyi

memang itu yang ku mimpi
memiliki permata sepertimu
kau lama ku cari
cinta sepertimu
kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oohh bahagia diriku disampingmu

Saturday, April 11, 2009

~mErpAti PuTiH~

Kau merpati putih terbang di awanan
Ku ingin ikut bersamamu di sana
Sucinya hatimu seputih warnamu
Lembutnya sifatmu indahnya rupamu
Berkali ku tunggu untuk melihatmu
Di tempat yang engkau singgahi selalu
Sayangnya diriku tak sesuci kamu
Ku bisa memandang tak dekat padamu
Sedar diri ini sampai terhentinya mati
Sampai masa ku kan jatuh ke bumi
Walau pada hakikatnya kita tak dapat bersama
Agar kau dapat tahu diari di hatiku
Agar kau dapat tahu diari di hatiku
Ku tulis puisi cerita diriku
Lantas ku kirimkan ia kepada mu
Kukarangi lagu nyanyikan untukmu
Teman dikala mendatangnya sepimu
Sedar diri ini sampai terhentinya mati
Sampai masa ku kan jatuh ke bumi
Walau pada hakikatnya kita tak dapat bersama
Agar kau dapat tahu diari di hatiku
Agar kau dapat tahu diari di hatiku
Agar kau dapat tahu ku mencintaimu